Catatan Kaki:

63. Khumus adalah cukai 20% daripada pendapatan individu. Hukumnya adalah wajib apabila cukup syarat-syaratnya. Memadai dengan berkata: Sahaja aku memberi harta ini sebagai khumus kerana bertaqarrub kepada Allah swt.

64. Mereka yang berhak menerima khumus adalah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Anfal (8): 41 “maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil”. Ringkasnya Khumus dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama saham Imam (umum) dan kedua saham sadaat.(keturunan sayyid sahaja). Khalifah Abu Bakr dan Umar tidak memberi khumus kepada kerabat Rasulullah s.a.w. Perbuatann itu adalah menyalahi ayat tersebut, lihat Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, 1, hlm.248, al- Zamakhsyari, al-Kasysyaf, ii, hlm. 127.

65. Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, bacalah pada setiap malam Surah al-Qadr (97):1-5 ‘‘Inna anzal-na” seribu kali. Apabila masuk malam kedua puluh tiga, perkuatkan hati anda, bukalah dua telinga anda untuk mendengar perkara-perkara yang ajaib. Seorang lelaki bertanya kepadanya: Bagaimana aku mengetahui malam Lailatu l-Qadar setiap tahun, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Apabila tiba bulan Ramadan, bacalah Surah al-Dukhan pada setiap malam satu kali dan apabila tiba malam kedua puluh tiga, anda akan membenarkan apa yang anda tanyakan.

Diriwayatkan daripada Abu Abdullah a.s bahawa pagi Lailatu l-Qadar adalah seperti malam Lailatu l-Qadar, beramallah dengan gigih, Syeikh al- Saduq, Amali al-Saduq, hlm.520. Mengikut riwayat para Imam Ahlu l-Bait a.s bahawa malam Lailatu l-Qadar adalah pada malam ke 19, ke 21 dan ke 23. Tetapi malam ke 23 ditekankan.

66. Sembahyang Terawih adalah bidaah. Umar adalah orang pertama yang menciptakan sembahyang Terawih, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

67. Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah hari raya di dalam sembahyang hari raya. Ianya bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang tidak melakukan sedemikian. Al-Suyuti, Tarikh al- Khulafa’, hlm.136.

68. Hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

69. Khalifah Umar telah mengubah 1/3 saiz gantang Rasulullah s.a.w kepada saiz yang lebih kecil iaitu saiz yang ada sekarang. Oleh itu, jika nilai zakat fitrah yang dikeluarkan oleh mazhab Syafi‘i RP 4.000 segantang, maka ia ditambah RP 2000 lagi . Jadi jumlahnya RP 6000 segantang.

71. Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah, kemudian dia berkata: Tanyalah Ali, Muhibb al-Tabari, Riyad al-Nadirah, ii, hlm.195.

72. Haji tamattu‘ atau haji mut‘ah adalah lebih baik daripada haji qiran dan ifrad. Dan orang yang melakukan haji tamattu‘ apabila dia melakukan ihram dengan haji, maka wajib ke atasnya al-damm (penyembelihan).Tetapi khalifah Umar adalah orang pertama yang mengharamkan haji tamattu’, al-Suyuti, Tarikh al- Khulafa’, hlm.137.

73. Atau haji mut‘ah..

74. Umrah adalah wajib menurut firman Allah didalam Surah al-Baqarah (2): “Sempernalah haji dan umrah kerana Allah” Kerana kedua-duanya adalah fardu.

75. Wujud muhrim bukanlah menjadi syarat wajibnya haji ke atas wanita dan juga bukan menjadi syarat untuk mengerjakan haji bagi wanita.

76. Tawaf al-Nisa’ adalah tujuh kali (ihtiyat )

77. Khalifah Umar adalah orang pertama yang memindahkan maqam Ibrahim dari tempat yang diletakkan oleh Rasulullah s..a.w iaitu berdekatan dengan Ka‘bah ke tempat yang ada sekarang iaitu tempat di masa Jahiliyah, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

78. Khalifah Umar telah melarang memakai bauan bagi orang yang mengerjakan haji sebelum mereka melakukan tawaf ifadah. Perbuatannya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah s.a.w di mana ‘Aisyah berkata: Aku telah meletakkan bauan ke atas Rasulullah s.a.w sebelum beliau s.a.w mengerjakan tawaf ifadah, Muslim, Sahih, I, hlm. 173, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.56.

79. Penyembelihan binatang (al-Damm).

80. Khalifah Abu Bakr dan Umar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir kaum muslimin akan menganggapnya wajib. Tindakkan itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang menggalakkannya. Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, ix, hlm.265, al-Syafi‘i, al-Umm, ii, hlm.189.

81. Haram daging binatang buruan ke atas orang yang mengerjakan haji 82 Nikah daim (Nikah biasa).

83. Nikah mut‘ah. Allah berfirman di dam Surah al-Nisa’ (4): 24 “Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (mut‘ah) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajiban” Ahli Tafsir seperti al-Tabari, al-Suyuti, al- Zamakhsyari dan lain-lain berkata bahawa ayat ini dimaksudkan dengan nikah mut‘ah.

Dan ia tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mu’minun (23): 6 dan Surah al-Ma ‘aari (70): 30“Kecuali terhadap isteri-isteri mereka” Kerana kedua-dua ayat tersebut telah diturunkan di Makkah sementara Surah al-Nisa’ (4): 24 mengenai nikah mut‘ah telah diturunkan di Madinah. Al-Suyuti berkata: Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut‘ah, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.

Imam Ali a.s berkata: Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut‘ah nescaya tidak seorangpun berzina melainkan orang yang celaka”. Lihat al-Tabari, al- Tafsir, v, hlm.9, Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, iii, hlm.200.

84. Haram bernikah dengan anak zina oleh bapanya, tetapi Imam Syafi‘I menghalalkannya. Oleh itu, ia menyalahi firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4): 23 ‘‘Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yangn perempuan”

85. Talak yang diharamkan adalah talak yang dilakukan ke atas isteri pada masa haid atau pada masa suci yang dicampuri, maka ianya tidak jatuh. Dan talak tiga sekali gus jatuh satu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 229 “Talak ( yang dapat dirujukkan) dua kali” jika ia disaksikan oleh dua orang lelaki yang adil firman-Nya di dalam Surah al-Talaq (65):2“Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di kalangan kamu” Tetapi khalifah Umar telah mengubah hukum Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w dengan menyatakan bahawa talak tiga sekali gus jatuh tiga.

Sedangkan talak pada masa Raulullah dan khalifah Abu Bakr adalah tiga kali, dan memerlukan dua saksi lelaki yang adil sebagaimana difirmankan oleh Allah, tetapi Umar menghukum sebaliknya. Ahmad bin Hanbai, al-Musnad, I, 314, Muslim, Sahih, I, hlm.574. Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah, Wahabi atau Salafi mematuhi sunnah Umar. Justeru mereka bukanlah Ahlu sunnah Nabi s.a.w, malah mereka adalah Ahlu Sunnah Umar.

86. Eddah wafat adalah empat bulan sepuluh hari.

87. Wasiat tentang agama adalah wajib sebagaimana harta. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s sebagai penggantinya.

88. Muslim mewarisi orang kafir. ‘Aul (asabah) adalah tidak sah. Umar adalah orang yang yang pertama menciptakan ‘Aul di dalam pembahagian pusaka, al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137. Dan Saham kerabat Rasulullah s.a.w tidak luput dengan kematian Rasulullah s.a.w.

89. Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab, Malik, al- Mawata’, ii, hlm.12. Sunnahnya adalah menyalahi firman Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang tidak membezakan seseorang melainkan dengan takwa, al-Haithami, Majm‘ al-Zawaid, iii, hlm.266.

90. Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu faraid. Dia berkata: Sesiapa yang mahu bertanya tentang ilmu faraid, maka hendaklah dia bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan sesiapa yang mahu harta, maka hendaklah dia memohon kepada aku kerana aku adalah penjaganya”, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 271, Abu ‘Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223.

91. Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud sehingga patah tulang rusuknya. Abdullah bin Mas‘ud memberitahu ‘Ammar supaya Uthman tidak melakukan sembahyang jenazah ke atasnya, beliau berkata: Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda” Ibn al-Athir, Usd al- Ghabah,iii, hlm 259, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 157.

92. Khalifah Uthman telah menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya. Oleh itu, fatwanya itu menyalahi firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4): 23 “Diharamkan atas kamu (mengahwini)ibu-ibumu, anak-anakmu, yang perempuan…dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm. 72, al- Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359, Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, iii, hlm. 193.

93. Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas seorang sahabat yang bernama al-Walid bin ‘Uqbah kerana meminum arak; dia mengerjakan sembahyang Subuh empat rakaat dalam keadaan mabuk, al-Tabari, Tarikh, v, hlm. 60. Perbuatannya itu adalah menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya yang mengenakan hukum had ke atas peminum arak.

94. Abu Bakr dan Umar telah lari dari medan perang Uhud dan Hunain di zaman Rasulullah s.a.w. Sepatutnya mereka mempunyai sifat keberanian melawan musuh. Perbuatan itu menyalahi ayat-ayat jihad di dalam al-Qur’an dan sunnah Nabi s.a.w. Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.37, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Ummal, vi, hlm.394, al-Dhahabi, al-Talkhis, iii, hlm. 37.

Mereka juga telah mengundurkan diri daripada tentera Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi s.a.w bersabda: Perlengkapkanlah tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundurkan diri dari tentera Usamah”, al-Syahrastani, al-Milal wa al-Milal, I, hlm.21, Ibn Sa‘d, al-Tabaqat, ii, hlm.249 dan lain-lain.

95 Imam Ja‘far al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki mencintai kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (inna al-Rajula layuhibbu- kum wa-maa yadrii maa taquuluun), maka Allah akan memasukkannya ke syurga (fa-yadkhulu-hu llahu ‘azza wa-jalla al-Jannata). Dan sesungguhnya seorang lelaki memarahi kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (wa inna al-Rajula la-yabghadhu-kum wa maa yadrii maa taquuluun), maka Allah memasukkannya ke neraka (fa-yadkhulu-hu llahu al-Nar).

Sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu akan dipenuhi buku catatan amalnya tanpa amal (wa inna al-Rajula min-kum la-tamla‘a sahifatu-hu min ghairi ‘amalin), aku (perawi)) berkata: Bagaimana ia berlaku? Beliau a.s berkata: Dia melalui mereka (nasibi) yang mengumpatkan kita, maka apabila mereka melihatnya, mereka berkata sesama mereka: Tahan diri anda, kerana lelaki ini adalah daripada Syi‘ah mereka atau seorang lelaki daripada Syi‘ah kita melalui mereka, maka mereka mengumpatkannya dan bercakap-cakap mengenainya, justeru Allah akan menulis untuknya kebaikan-kebaikan sehingga memenuhi buku catatan amalnya tanpa dia melakukan sebarang amalan (hatta yamla‘ sahifatu-hu min ghairi ‘amalin). Al-Kulaini, Raudhah al-Kafi, viii, hlm. 261 (hadis no. 495).

Ini bererti dia mendapat pahala kerana berpegang kepada mazhab Ahlu l-bait a.s dan kerana umpatan mereka terhadapnya. Ia bukan bererti Syi‘ah tidak perlu mengerjakan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya.