BAHAGIAN KETIGA


Khumus, puasa sunat, puasa Ramadan, penyaksian wanita, Sembahyang sunat pada bulan Ramadan, bermuzakarah tentang ilmu, zakat fitrah, haji, sempadan atau had haji dan lain-lain.


46. Khumus.

Khumus 63 adalah wajib pada setiap sesuatu yang cukup nilainya satu dinar dari barang simpanan (kunuuz), galian (ma‘aadin), barang yang didapati dari selaman di laut atau sungai (al-Ghaus) dan barang rampasan (al-Ghaniimah) iaitu untuk Allah a.w, Rasul-Nya a.s, kerabatnya yang kaya, fakir, anak yatim, orang miskin dan orang yang musafir yang terdiri daripada ahli agama64.


47. Puasa sunat.

Puasa sunat adalah tiga hari pada setiap bulan. Hari Khamis pada awal bulan, hari Rabu pada pertengahan bulan dan hari Khamis pada akhirnya.


48. Puasa Ramadan.

Puasa Ramadan65 adalah fardu iaitu secara rukyah (melihat anak bulan) bukan secara pendapat atau sangkaan. (laisa bi al-Ra’yi wa la bi al-Tazanni). Lantaran itu, sesiapa yang berpuasa sebelum rukyah, maka dia menyalahi mazhab Syiah Imam Dua Belas.


49. Penyaksian wanita.

Tidak diterima penyaksian wanita tentang talak dan rukyah.


50. Sembahyang sunat pada bulan Ramadan.

Sembahyang pada bulan Ramadan adalah seperti sembahyang pada bulan-bulan selain daripadanya. Sesiapa yang mahu menambahnya, maka hendaklah dia bersembahyang pada setiap malam sebanyak dua puluh rakaat66. Lapan rakaat antara Maghrib dan Isyak akhir. Dua belas rakaat selepas Isyak akhir sehingga berlalunya dua puluh malam bulan Ramadan.

Kemudian dia bersembahyang pada setiap malam sebanayak tiga puluh rakaat di mana lapan rakaat daripadanya antara Maghrib dan Isyak. Dan dua puluh dua rakaat adalah selepas Isyak akhir. Dibaca pada setiap rakaat daripadanya Surah al-Hamdu dan surah yang senang ( ma tayassara min al-Qur’an) melainkan pada malam kedua puluh satu dan pada malam kedua puluh tiga kerana keistimewaan menghayati kedua-dua malam tersebut.

Seorang itu hendaklah bersembahyang pada setiap malam tersebut seratus rakaat, dibaca di dalam setiap rakaat Surah al-Hamdu satu kali dan Surah al-Ikhlas sepuluh kali.


51. Bermuzakarah tentang ilmu

Sesiapa yang menghayati dua malam ini dengan bermuzakarah tentang ilmu adalah lebih baik. Pada malam hari raya puasa, hendaklah dia bersembahyang Maghrib tiga rakaat, kemudian dia sujud dan berkata pada sujudnya: Ya dha al-Taul, ya dha al-Haul, Ya Mustafa Muhammad wa nasiru-hu, salli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad wa ighfirli kulla dhanbin adhnabtu-hu wa nasitu-hu wa huwa ‘anda-ka fi kitabin mubin. Kemudian dia berkata: Aku bertaubat kepada Allah a.w (Atubu ila Llahi a.w). Dia bertakbir selepas Maghrib dan Isyak akhir.

Sembahyang subuh, sembahyang hari raya67, Zuhur dan Asar sebagaimana dia bertakbir pada hari-hari Tasyriq 68 dan berkata: Allahu Akbar, Allahu Akbar la ila ha illah wa llahu akbar wa li llahi al-Hamdu Allahu akbar ‘ala ma hadaa-na wa al-Hamdulli llah ‘ala ma ablaa-na. Dan dia tidak boleh berkata padanya: wa riziq-na min bahimati al-An‘aam, kerana itu adalah untuk hari-hari Tasyriq sahaja.


52. Zakat fitrah.

Zakat fitrah 69adalah wajib ke atas lelaki mengeluarkannya untuk dirinya dan mereka yang di bawah tanggungannya; kecil dan besar, merdeka, hamba, lelaki dan perempuan pada kadar satu gantang70 kurma, satu gantang gandum dan yang paling baik adalah kurma. Satu gantang adalah empat cupak. Dan satu cupak nilainya adalah 292 dirham setengah. Tidak mengapa jika dia membayar nilainya sama ada emas atau mata wang. Tidak mengapa dia membayarnya untuk dirinya atau tanggungannya kepada seseorang.

Dia tidak boleh membayar kadar zakat seorang untuk dua orang. Tidak mengapa jika dia membayar zakat fitrah pada hari pertama bulan Ramadan sehingga akhirnya iaiatu zakat sehingga dia mengerjakan sembahyang hari raya. Jika dia mengeluarkannya selepas sembahyang hari raya, maka ia adalah sedekah.

Waktu yang paling baik adalah pada akhir hari Ramadan. Sesiapa yang mempunyai hamba muslim atau zimmi, maka hendaklah dia membayar fitrah untuknya. Sesiapa yang mendapat anak pada hari raya sebelum gelincirnya matahari, maka hendaklah dia membayar fitrah untuknya. Tetapi jika dia mendapat anak selepas gelincir matahari, maka tidak wajib fitrah ke atasnya. Demikian juga apabila seorang memeluk Islam sebelum gelincir matahari dan selepasnya.


53. Haji.

Haji adalah di atas tiga cara: Qarin, mufrad dan mutamatti‘ dengan umrah71 sehingga haji72. Tidak harus bagi penduduk Makkah dan sekitarnya melakukan haji tamattu‘ dengan umrah sehingga haji. Mereka hanya dibenarkan supaya melakukan qiran dan ifrad. Ia adalah bagi mereka yang bukan tinggal di sekitar masjid al-Haram.


54. Sempadan atau had haji

Sempadan atau had untuk penduduk Makkah dan sekitarnya adalah 48 batu. Justeru mereka yang terkeluar daripada had ini, maka dia tidak boleh melakukan haji melainkan haji tamattu‘ 73dengan umrah74 sehingga haji. Allah tidak menerima daripada mereka selain daripada haji tamattu‘.


55. Ihram dan miqat

Awal ihram adalah al-Musallakh, pertengahannya adalah Ghumrah dan akhirnya ‘Araq, tetapi awalnya adalah lebih baik. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menjelaskan miqat bagi penduduk Iraq adalah al-Aqiq, bagi penduduk Taif adalah Qarn al-Manazil dan miqat bagi penduduk Yaman adalah Ulamlil, bagi penduduk Syam adalah al-Mahi‘ah iaitu al-Juhfah. Miqat bagi penduduk Madinah adalah Dhu al-Halifah iaitu masjid al-Syajarah. Tidak harus melakukan ihram sebelum sampai miqat dan tidak harus melambat-lambatkannya dari miqat melainkan kerana sebab tertentu atau taqiyyah.


56. Fardu haji.

Fardu haji75 adalah tujuh. Ihram, talbiyah yang empat iaitu “Labbaika llahumma Labbaik labbaika la syarika laka labbaik. Inna al-Hamda wa al-Ni‘mata laka wa al-Mulka la syaraika-laka” Adapun talbiah selain daripada itu adalah sunnat. Hendaklah dia memperbanyakkan ucapan talbiah seperti labbaika dha al-Ma‘aarij kerana ia adalah talbiah Nabi s.a.w. Tawaf 76di keliling Ka‘bah adalah fardu. Dua rakaat di sisi maqam Ibrahim77 adalah fardu. Sa‘yu antara al-Safa dan al-Marwah adalah fardu. Wuquf di Arafah juga adalah fardu. Wuquf di al-Masy‘ar adalah fardu78.

Tamattu‘ Hadyu79 adalah fardu dan selain daripada itu adalah sunnat. Sesiapa yang telah mendapati hari al-Tarwiah ketika gelincir matahari sehingga malam, maka dia mendapat haji tamattu‘ atau haji mut‘ah. Sesiapa yang mendapati hari raya haji (al-Nahr) di Muzdalifah dan bersamanya lima orang, maka dia telah mendapat haji.

Tidak boleh dikorbankan80 unta melainkan genap lima tahun dan masuk pada tahun keenam. Tetapi ia memadai bagi lembu dan biri-biri apabila genap satu tahun dan masuk pada tahun kedua. Dan memadai bagi kambing berumur enam bulan. Tidak harus dikorbankan binatang yang cacat. Memadai satu ekor lembu betina untuk lima orang jika mereka sekeluarga. Satu ekor lembu jantan untuk seorang, satu ekor unta betina untuk tujuh orang dan satu unta jantan untuk sepuluh orang.

Seekor biri-biri untuk seorang lelaki dan untuk keluarganya. Kemudian dijadikan sembelihan Adha itu kepada tiga bahagian. Satu pertiga dimakan, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi untuk disedekahkan81.

Tidak harus berpuasa pada hari-hari Tasyriq, kerana ia adalah hari untuk makan dan minum. Ia telah menjadi sunnah bahawa makan pada hari raya haji adalah selepas kembali daripada sembahyang dan pada hari raya puasa sebelum keluar sembahyang. Takbir pada hari-hari Tasyriq adalah di mina selepas sembahyang Zuhur pada hari raya haji sehingga pagi hari keempat. Di tempat-tempat lain, takbir selepas sembahyang Zuhur pada hari raya haji sehingga pagi pada hari ketiga.


57. Nikah.

Dihalalkan kemaluan (al-Furuj) dengan tiga cara. Nikah yang dapat mewariskan pusaka (nikah bi-mirath)82, nikah tanpa mewariskan pusaka (nikah b-ila mirath)83 dan nikah dengan hamba 84(nikah bi-milk al-Yamin). Tidak ada wilayah bagi seseorang ke atas seorang perempuan selain daripada bapanya selama dia masih dara (bikran). Jika ia adalah janda, maka tidak ada seseorang pun mempunyai wilayah ke atasnya. Bapanya tidak boleh mengahwinkannya atau orang lain melainkan dengan orang yang diredainya dengan maskahwin yang ditetapkan olehnya.


58. Talak.

Tidak jatuh talak melainkan menurut Kitab dan Sunnah85. Tidak ada yamin (sumpah) di dalam talak86, memerdekakan hamba dan tidak ada talak sebelum nikah. Tidak ada kemerdekaan sebelum milik. Tidak ada kemerdekaan (hamba) melainkan kerana mengharapkan pahala-Nya.


59. Wasiat.

Wasiat tidak harus melainkan satu pertiga87. Sesiapa yang berwasiat lebih daripada satu pertiga, maka kembalikannya kepada satu pertiga. Adalah patut bagi seorang muslim supaya dia berwasiat kepada kerabatnya yang tidak mewarisi hartanya sedikit atau banyak. Sesiapa yang tidak melakukan sedemikian, maka dia telah menamatkan amalannya dengan maksiyat.


60. Pusaka.

Saham pusaka tidak berlaku kepada enam. Seorang kafir tidak mewarisi seorang muslim88. Anak mula‘anah tidak diwarisi oleh bapanya dan mereka di pihak bapanya, tetapi ia diwarisi oleh ibunya89. Jika ia tidak mempunyai ibu, maka bapa saudara sebelah ibunya dan kerabatnya di sebelah ibunya. Apabila seorang lelaki yang melakukan mula‘anah itu mengakui anaknya selepas mula‘anah, maka anaknya dikaitkan kepadanya.

Sementara perempuannya tidak dikembalikan kepadanya. Jika bapanya meninggal dunia, maka anak lelakinya mewarisinya. Jika anaknya meninggal dunia, maka bapanya tidak mewarisinya90.


C. Kemuliaan akhlak (makarim a l-Akhlaq):


61. Syarat-Syarat Syiah Imam Dua Belas

Di antara syarat-syarat Syiah Imam Dua Belas ke atas pengikutpengikutnya adalah yakin, ikhlas, tawakal, reda, penyerahan, warak, ijtihad, zuhud, ibadah. Mengakui sesuatu kebenaran, kesetiaan, menunaikan amanah sama ada kepada yang baik atau yang jahat sekalipun kepada pembunuh al-Husain a.s, berbuat baik kepada dua ibu bapa, menggunakan maruah dan kesabaran.

Berani, menjauhkan perkara-perkara yang haram, menghapuskan tamak terhadap apa yang dimiliki oleh orang ramai. Menyuruh melakukan kebaikan dan melarang dari kemungkaran91.

Jihad pada jalan Allah dengan jiwa dan harta menurut syaratsyaratnya. Membantu ikhwan, membalas budi baik seseorang, bersyukur kepada nikmat-Nya, memuji kepada pelaku kebaikan, bersifat qana‘ah. Mengadakan silaturahim92, berbuat baik kepada moyang dan ibu-ibu, berjiran dengan baik. Insaf, menabur kasih, bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Menjauhi penjahat-penjahat93, bergaul dengan orang ramai dengan baik. Memberi salam kepada orang ramai serta yakin bahawa salam Allah tidak boleh didapati oleh mereka yang zalim.

Menghormati muslim yang lebih tua (beruban), kasihan belas kepada mereka yang kecil. Menghormati mereka yang dimuliakan oleh satu-satu kaum, tawaduk, khusyuk, banyak menyebut nama Allah a.w, membaca al- Qur’an, berdoa, menanggung kesusahan, mengadakan pergaulan diplomasi (mujamalah), melakukan taqiyyah, mengadakan persahabatan yang baik, menahan kemarahan, berlembut ke atas fakir-miskin, berkongsi di dalam kehidupan mereka.

Bertakwa kepada Allah baik secara rahsia atau secara terang-terangan, berlembut kepada wanita dan hamba sahaya. Menjaga lidah melainkan daripada kebaikan. Melakukan sangkaan yang baik kepada Allah s.w.t, menyesal di atas dosa.

Lakukan kemurahan, megakui kekurangan diri, perlakukan segala kemulian akhlak untuk agama dan dunia serta menjauhkan kecelaannya secara halus dan kasar. Menjauhi kemarahan, kemurkaan, kemarahan asabiyah, ego, paksaan, menghina orang ramai, kemegahan, keajaiban, percakapan yang sia-sia, melakukan kezaliman, memutuskan silaturahim.

Hasad, memetingkan diri, tamak, mencabul, kejahilan, pembohongan, khianat, kefasikan, kejahatan, sumpah palsu, menyembunyikan penyaksian, penyaksian palsu, mengumpat, pembohongan, caci-mencaci, kelicikan dan penipuan, tipu muslihat, mungkir janji, pembunuhan tanpa kebenaran, kekerasan hati, persahabatan yang sejuk, kenifakan, riyak, zina.

Liwat, riba, lari daripada peperangan94, terasa asing selepas hijrah, menderhakai dua ibu bapa, menipu orang ramai, memakan harta anak yatim secara zalim. Menuduh wanita yang telah berkahwin (muhsanah) dengan tuduhan zina.


62. Penamat

Inilah ringkasan apa yang telah disepakati di mana aku telah menerangkannya dengan cepat mengenai mazhab Syiah95 Imam Dua Belas. Aku akan menerangkannya jika Allah mempermudahkan aku kembali ke tempat tujuku Nisabur insya’ Allah. La haula wala quwwata illa bi-llahi al- ‘Aliyyi al-‘Azim. Wa sallahu ‘ala Muhammad wa ali-hi wa sallam kathiran