Catatan Kaki:

34. Takfir adalah meletakkan salah satu tangannya di atas yang lain di aras pusat. atau dada. Ia membatalkan sembahyang. Lantaran itu, kedua-dua tangannya hendaklah lurus ke sisi. Begitu juga dilakukan kepada kedua-dua tangan mayat ketika dikapan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Takfir membatalkan sembahyang melainkan ia dilakukan kerana taqiyyah.

Ada riwayat menyatakan Khalifah Umar telah menggalakkan supaya dilakukan takfir. Dan ia menyalahi perbuatan Rasulullah s.a.w yang meluruskan kedua-dua tangnanya ketika sembahyang bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dirikanlah sembahyanh....Dari segi logiknya “berdiri” adalah tegap dengan tangan lurus .

Imam Malik dan pengikutpengikutnya juga meluruskan tangan mereka ketika sembahyang. Kerana mereka mematuhi Rasulullah s.a.w. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74. meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata: Tidak ada suatupun yang aku ketahui di zaman Nabi s.a.w lebih baik daripada sembahyang (al-Salat). Kemudian dia berkata: Tidakkah kalian telah menghilangkan sesuatu padanya? Al-Zuhri berkata: Aku berjumpa Anas bin Malik di Damsyiq ketika itu dia sedang menangis. Aku bertanya kepadanya: Apakah yang menyebabkan anda menangis? Dia menjawab: Aku tidak mengetahui sesuatupun selain daripada sembahyang itupun telah dihilangkan” Ini bererti sebahagian bacaan dan perbuatan di dalam sembahyang telah diubah..

35. Perkataan “Amin” bukanlah sebahagian daripada Surah al-Fatihah. Ini tidak menghalang membaca Amin ketika berdoa.

36. Boleh sujud di atas kertas, tikar mengkuang, batu marmar, atas simen dan lantai kayu. Sujud di atas tanah (turbah) membuat seseorang itu lebih terasa rendah diri kerana tanah adalah asal kejadiannya. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Mu‘awiyah orang pertama yang menggunakan hamparan (carpet) di masjid di dalam pemerintahannya yang zalim.

37. Haram dimakan ikan yang tidak bersisik seperti belut (eel), sotong, ikan keli dan seumpamanya. Para nabi dan para wasi tidak memakannya. Ada riwayat yang menyatakan bahawa ikan yang bersisik mewalikan Imam Ali a.s sementara ikan yang tidak bersisik tidak mewalikan Imam Ali. a.s. Al-Asbagh bin Nubatah daripada Zaid bin al-Syahham meriwayatkan bahwa Amir al-Mukminin Ali a.s telah didatangi oleh beberapa orang munafiqin, lalu mereka berkata kepadanya: Andalah yang berkata bahawa al-Jaryu (belut) telah ditukar daripada bentuk aslinya (manusia) dan ia adalah haram? Ali a.s berkata: Ya, mereka berkata: Tunjukkan kepada kami buktinya?

Lantas beliau datang bersama mereka ke sungai Furat, kemudian beliau menyeru: Manasy, manasy, lalu seekor belut menjawab: Labbai-ka, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Siapa anda? Dia menjawab: Aku dikalangan mereka yang telah dibentangkan wilayah anda (wilayah Ali a.s) ke atasnya, tetapi dia enggan, lalu dia ditukar bentuknya (musikha).

Sesungguhnya mereka yang datang bersama-sama anda akan ditukar bentuk mereka (man yumsakhu) sebagaimana ditukar bentuk kami (musikh-na) dan mereka akan jadi sebagaimana kami telah jadi. Kemudian Amir al-Mukminin a.s berkata: Jelaskan kisah anda supaya mereka yang datang dapat mengetahuinya, maka belut berkata: Ya, kami adalah berasal daripada dua puluh empat kabilah Bani Israel, kami telah bertengkar dan menderhaka.

Kami telah dibentang wilayah anda, tetapi kami menolaknya dan kami pergi ke merata-rata tempat, lalu kamu melakukan kefasadan sehingga seorang lelaki (Ali a.s) datang kepada kami dan anda lebih mengetahui dengannya daripada kami. Maka beliau telah melaung kepada kami dengan satu laungan, lantas kami berhimpun di satu tempat, dahulu kami telah berada bertaburan di merata-rata tempat, kemudian kami telah berada pada satu tempat kerana laungannya.

Kemudian beliau melaung kepada kami laungan yang kedua dan berkata: Jadilah kamu bentuk yang bermacam-macam (masukhan) dengan kuasa Allah, lantas ditukar bentuk kami dengan jenis yang bermacam-macam (tanpa sisik). Kemudian beliau berkata: Wahai daratan, jadilah sungai-sungai untuk mereka diami dan sambunglah dengan lautan bumi sehingga mereka wujud di mana-mana” Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukmin Ali a.s.

38. Sembahyang ayat adalah disebabkan oleh al-kusuf (gerhana matahari) atau al-Khusuf (gerhana bulan) atau (al-Zalzalah) gempa bumi adalah wajib apabila berlaku salah satu daripada perkara tersebut. Sembahyang ayat adalah dua rakaat. Pada setiap rakaat adalah lima rukuk. Seorang itu berniat: sahaja aku mengerjakan sembahyang ayat dua rakaat qurbatan kepada Allah. Kemudian dia bertakbir, lalu membaca Surahn al-Fatihah dan surah yang lain. Kemudian dia rukuk. Kemudian dia mengangkat kepalanya, lalu dia membaca Surah al-Fatihah dan satu surah yang lain. Jumlahnya sebanyak lima kali pada setiap rakaat.

Rukuk lima kali, kemudian dia mengangkat kepalanya dan turun kepada sujud dan sujud sebanayak dua kali. Kemudian dia berdiri, dan melakukan sebagaimana dia telah melakukannya pada rakaat pertama. Kemudian dia bertasyahhud dan memberi salam.

39. Dipukul ketika sembahyang.

40. Wajib niat pada sujud sahwi, kemudian meletakkan dahinya ke atas tanah sambil berkata: Bismillah, wa bi l-Lah, al-salamu‘alai-ka ayyuha al-Nabiyyu wa rahmatu l-Lahi wa barakatuh”. Kemudian duduk, kemudian sujud kali kedua, kemudian tasyahhud dan salam.

41. Wajib dilakukan sembahyang ihtiyat satu rakaat (salat al-Ihtiyat) apabila berlaku kecacatan di dalam sembahyang seperti dia berpaling ke arah bahunya. Ia mengandungi niat, takbiratu l-Ihram, bacaan Fatihah sahaja, rukuk, sujud, tasyahhud dan salam.

42. Antara nama Imam Ali a.s adalah al-Salat (sembahyang). Justeru sembahyang tidak akan diterima oleh Allah s..w.t tanpa mewalikannya dan sebelas para imam as selepasnya. Begitu juga nama seperti al-Saum (puasa), al-Zakat, al-Hajj adalah nama para imam. a.s. Penerimaan ibadat tersebut terhenti di atas wilayah dan kecintaan kepada mereka. Lantaran itu, Imam Ali a.s berkata: Setiap nasibi (penentang Ahlu l-Bait a.s) sekalipun kuat beribadat, maka amalannya adalah sia-sia; tidak memanfaatkannya, al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm.181, hadis no.259.

43. Seorang Syiah Imam Dua Belas, suci kelahirannya (bukan anak zina), berakal dan baligh.

44. Khalifah Uthman adalah orang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ia adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.136.

45. Wajib apabila mencukupi syarat-syaratnya. Sah sembahyang Jumaat di belakang imam sunni kerana taqiyyah.

46. Sembahyang Jumaat boleh dilakukan oleh lima orang lelaki di mana salah seorang daripada mereka adalah imamnya apabila cukup syarat-syaratnya. Dan Dua khutbah adalah wajib.

47. Makmun tidak membaca apa-apa bacaan pada rakaat pertama dan kedua. Jika didapati selepas sembahyang bahawa imam sembahyang itu seorang yang fasik atau pelaku bidaah, maka sembahyang makmun secara berjemaah itu adalah sah.

48. Khalifah Uthman dan ‘Aisyah telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w tentang sembahyang kerana mereka mengerjakan sembahyang empat rakaat di Mina sedangkan Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang dua rakaat (qasar) di Mina. Al-Bukhari, Sahih, ii,154, Muslim, Sahih, I, hlm.260.

49. Khalifah Umar telah menyetubuhi seorang hamba perempuan pada siang hari bulan Ramadan. Al-Dar al-Qutni di dalam Sunannya kitab al-Siyam, bab al- Qublah li al-Sa’im (Perbahasan mengenai puasa dan bab kucupan bagi orang yang berpuasa) telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa‘id bin al- Musayyab bahawa Umar telah datang kepada para sahabatnya dan berkata: Apakah pendapat kamu tentang perkara yang aku telah melakukannya hari ini? Pada mulanya aku berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita melintasiku, dia mempersonakanku, maka akupun menyetubuhinya” Orang ramai (sahabat) menjadi riuh dengan kelakuannya itu sedangkan Ali a.s berdiam sahaja. Lalu Umar bertanyan kepada Ali: Apa pendapat anda? Beliau a.s menjawab: Anda telah melakukan perkara yang halal, tetapi pada siang hari Ramadan. Lalu Umar berkata: Fatwa anda adalah lebih baik daripada fatwa mereka”. Ibn Sa‘d, Tabaqat, ii, bhg. ii, hlm. 102.

50. Wajib ke atas musalli menutup aurat semasa sembahyang. Aurat lelaki ketika sembahyang: Zakar (al-Qadib), buah zakarnya dan dubur. Ini bererti seluar pendek yang menutup ketiga-tiga bahagian itu adalah memadai. Dan aurat perempuan: Semua tubuhnya selain daripada muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki.

51. Khalifah Uthman telah memberi fatwa bahawa tidak wajib mandi junub bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani, Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Fatwanya itu adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w: Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi junub” Ahmad bin Hanbal, al- Musnad, I, hlm.16.

52. Menyentuhi perempuan tidak membatalkan wuduk. Kerana apa yang dimaksudkan di dalam Surah al-Nisa’ (4):43“Laamastum al-Nisa’” adalah “menyetubuhi perempuan” bukan menyentuhi perempuan.Jika menyentuhi kucing atau lembu tidak membatalkan wuduk, kenapa menyentuhi manusia pula membatalkan wuduk? Begitu juga menyentuhi kemaluan tidak membatalkan wuduk kerana ia adalah sebahagian daripada anggotanya seperti telinga, tangan dan lain-lain. Pembatalan wuduk apabila menyentuhi perempuan dan menyentuhi kemaluan adalah sunnah khalifah Umar, bukan sunnah Rasulullah s.a.w.

53. Wajib menyapu dua kaki (rijlain) dan tidak memadai membasuh keduaduanya. sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Maidah ((5): 6 ‘‘Dan sapulah kepalamu dan (sapulah) kakimu”. Membasuh dua kaki adalah bertentangan dengan ayat tersebut. Kesahihan ini terserlah apabila tayammum dilakukan ke atas dua tempat basuh; muka dan tangan.

54. Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub ketika tidak ada air, Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm.200. Lantaran itu, fatwanya itu adalah menyalahi firman Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. Patut dibezakan antara sunah Umar dan sunnah Rasulullah s.a.w. Di dalam ertikata yang lain, perbezaan antara Ahlu Sunnah Umar dan Ahlu Sunnah Rasulullah s.a.w. Syiah Imam Dua Belas mentaati sunnah Rasulullah s.a.w. dan menolak sunnah Umar. Oleh itu, Syiah Imam Dua Belas adalah Ahlu Sunnah Rasulullah s.a.w.

55. Ziarah Rasulullah s.a.w dan Ahlu l-Baitnya a.s.

56. Cara memandi mayat adalah dengan menghilangkan segala kekotoran daripada badannya, kemudian dimandikannya sebanyak tiga kali. Pertama dengan air bidara. Kedua dengan air kapur barus. Ketiga dengan air bersih (al-Khalis). Dimulai dari kepala, tengkuk kemudian bahagian kanan, kemudian bahagian kiri. Tidak memadai dengan menyelamkannya ke dalam air.

57. Pengapanannya adalah dengan tiga potongan kain: Pertama al-Mi’zar; kain yang menutupkan mayat antara pusat dan lutut. Kedua al-Qamis; baju atau kain yang menutupi mayat antara dua bahu dan separuh betis. Ketiga al-Izar; kain sarung yang menutup seluruh badannya.

58. Tahnit dilakukan selepas mayat dimandikan. Disapu dengan kapur atau turbah di atas tujuh anggota sujud mayat (dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kepala ibu jarinya).

59. Diriwayatkan daripada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s bahawa Amir al-Mukminin Ali a.s sedang memberi khutbah di atas mimbar masjid Kufah di kelilingi oleh orang ramai, tiba-tiba seekor ular datang di hadapan orang ramai dan mereka di dalam ketakutan. Amir al-Mukminin a.s berkata: Berikan laluan kepadanya, lalu ia menjalar sehingga menaiki mimbar masjid, orang ramai sedang melihat kepadanya.

Kemudian ular itu mencium kaki Amir al-Mukminin a.s dan beliau a.s mulai menggerakkan kakinya di atasnya (ular). Lalu ular itu mengeluarkan tiga hembusan, kemudian ia turun dan pergi. Amir al-Mukminin a.s tidak menghentikan khutbahnya. Kemudian mereka bertanyakan kepadanya tentang perkara tersebut. Beliau a.s berkata: Ular itu adalah seorang lelaki daripada Jin.

Dia memeberitahuku bahawa anak lelakinya telah dibunuh oleh seorang lelaki daripada Ansar, namanya Jabir bin Sami‘ di Khaffan, Kufah sedangkan anak lelakinya itu tidak membuat jahat kepadanya. Dia meminta bayaran darah anak lelakinya. Lantas seorang lelaki di kalangan orang ramai datang kepadanya sambil berkata: Akulah lelaki yang telah membunuh ular itu pada tempat tersebut.

Semenjak membunuhnya, aku tidak boleh tinggal di tempat itu lagi kerana jeritan dan laungan, lalu aku melarikan diri ke masjid ini, aku berada pada malam ketujuh di sini. Amir al-Mukminin a.s berkata: Ambillah unta anda dan lakulah penyembelihan ke atasnya di tempat anda membunuh ular itu, lakukanlah, ia tidak akan membahayakan anda. Al-Hafiz Rajab al-Barsi, Masyariq Anwar al-Yaqin fi Asrar Amir al-Mu’minin, hlm. 76-77. Ini adalah kekeramatan Amir al-Mukminin Ali a.s.

60. Wajib mandi junub sebelum masuk waktu Subuh pada bulan Ramadan. Jika tidak, maka ia membatalkan puasa.

61. Onani (istimna’) adalah haram. Mani adalah najis seperti mayat. Sementara mazi adalah bersih.

62. Mereka yang berhak menerima zakat adalah lapan jenis sebagaiman firman Allah di dalam Surah al-Tubah (9): 60 “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Khalifah Umar telah memberhentikan pemberian zakat kepada muallaf.. Perbuatannya itu adalah menyalahi perintah Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137.