BAHAGIAN PERTAMA

Bismi l-lahir Rahmani r-Rahim


Majlis Ke 93


Tarikh majlis, pendahuluan kepada majlis, tauhid dan kerasulan, imamah dan definisi kemaksuman, rukun Islam, bilangan para imam dan lain-lain.


1. Tarikh majlis

Pada hari Juma’at 12 Sya‘ban tahun 368 Hijrah.


2. Pendahuluan kepada majlis, ringkasan kepercayaan dan amalan Syiah Imam Dua Belas

Pada hari ini ahli majlis dan beberapa orang syeikh telah berkumpul di hadapan syeikh fakih Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Musa bin Babuih al-Qummi, lantas mereka memintanya supaya mengimlakkan kepada mereka kepercayaan1 dan amalan mazhab Syiah Imam Dua Belas secara ringkas dan padat2.


A. Kepercayaan (akidah):


3. Tauhid dan kerasulan

Maka beliau berkata: Syiah3 Imam Dua Belas mengakui (ikrar) ketauhidan Allah swt4, menafikan penyerupaan [sesuatu] dengan-Nya (tasybih) dan menolak [sesuatu] yang tidak layak bagi-Nya (tanzih).

Mengakui para nabi Allah, para rasul-Nya, hujah-hujah-Nya5, para malaikat-Nya dan kita–kitab-Nya. Mengakui bahawa Muhammad s.a.w adalah penghulu segala nabi dan rasul. Beliau s.a.w adalah lebih baik daripada para malaikat yang hampir kepada Tuhan. Beliau s.a.w adalah pemutus segala nabi (khatam al-Anbiya’), tiada nabi selepasnya sehingga hari Kiamat.


4. Imamah dan definisi kemaksuman 6

Sesungguhnya semua para nabi dan para rasul serta para imam a.s adalah lebih mulia daripada para malaikat. Mereka adalah maksum7, suci dari segala kekotoran, tidak terfikir tentang dosa kecil mahupun dosa besar apatah lagi melakukannya. Mereka adalah pengaman (aman) untuk penghuni bumi sebagaimana bintang-bintang pengaman untuk penghuni langit 8.


5. Rukun Islam

Sesungguhnya tiang-tiang (al-Da‘aim) atau rukun-rukun di mana Islam tertegap di atasnya adalah lima: Sembahyang, zakat, puasa, haji dan wilayah kepada Nabi s.a.w dan para imam a.s selepasnya9.


6. Bilangan para Imam

Mereka adalah dua belas imam10. Pertama adalah Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib, kemudian al-Hasan dan al-Husain, kemudian Ali bin al-Husain, kemudian al-Baqir Muhammad bin Ali, kemudian al-Sadiq Ja‘far bin Muhammad, kemudian al-Kazim Musa bin Ja‘far, kemudian al-Ridha Ali bin Musa, kemudian al-Jawad Muhammad bin Ali, kemudian al-Hadi Ali bin Muhammad, kemudian al-Askari al-Hasan bin Ali, kemudian al-Hujjah bin al-Hasan bin Ali11. Mengakui bahawa mereka adalah Uli al-Amri yang diperintahkan oleh Allah supaya mentaati mereka, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 59

“Wahai orang-orang yang beriman Taatlah Allah, taatilah Rasul-Nya dan Uli al-Amri daripada kamu” 12


7. Ketaatan kepada para imam

Sesungguhnya mentaati mereka adalah mentaati Allah13, mendurhakai mereka adalah mendurhakai Allah, mewalikan mereka adalah mewalikan Allah, musuh mereka adalah musuh Allah a.w. Kasih sayang kepada zuriat Nabi s.a.w 14, jika mereka di atas landasan bapabapa mereka yang suci, adalah wajib di atas tengkuk hamba-hamba-Nya sehingga hari Kiamat.

Iaitu akan [mendapat] pahala sebagaimana firman Alah di dalam Surah al-Syu‘ara‘ 42:43 “Katakanlah sesungguhnya aku tidak meminta sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan (al-Qurba)” Dan sesiapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanat) akan kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”


8. Definisi Islam dan iman

Islam adalah mengakui (ikrar) dua syahadat. Iman adalah mengakui dengan lidah, menyimpul dengan hati dan beramal dengan anggota, iman tidak berlaku melainkan sedemikian. Sesiapa yang mengucap dua kalimat syahadat, maka terpeliharalah hartanya dan darahnya serta hisabnya adalah di atas Allah 15.


9. Alam barzakh dan alam akhirat

Mengakui tentang persoalan kubur ketika mayat dikapan, Mungkar dan Nakir serta azab kubur. Mengakui tentang kejadian syurga dan neraka, mikraj Nabi s.a.w ke langit ke tujuh dan daripadanya ke Sidrat al-Muntaha, daripadanya ke hijab-hijab cahaya (hujub al-Nur), munajatmunajat Allah kepadanya. Sesungguhnya beliau s.a.w telah naik ke langit dengan badan dan rohnya secara benar dan bukan secara mimpi.

Kerana Allah Maha Suci dari dikaitkan tempat kepada-Nya, tetapi beliau s.a.w dinaikkan ke langit kerana menghormati dan membesarkan makamnya, memperlihatkan kepadanya kekuasaan-Nya di langit sebagaimana Dia memperlihatkan kekuasaan-Nya di bumi. Beliau s.a.w melihat padanya kebesaran Allah a.w untuk memberitahu kepada umatnya apa yang telah dilihatnya tentang tanda-tanda [kebesaran Allah] di langit.


10. Haudh, Arasy dan lain-lain

Mengakui tentang al-Haudh (kolam susu), syafaat bagi mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Mengakui tentang al-Sirat, al-Mizan, al-Lauh, al-Qalam, Arasy dan al-Kursi.


B. Amalan (fekah amali):


11. Sembahyang fardu

Mengakui bahawa sembahyang adalah tiang agama (‘amud al-Din). Iaitu amalan hamba yang pertama dihisab pada hari Kiamat; perkara pertama seorang hamba akan disoal selepas makrifat. Sekiranya ia diterima, maka perkara lain akan diterima. Sekiranya ia ditolak, maka perkara lain akan ditolak16.

Sembahyang fardu17 di dalam sehari semalam adalah lima sembahyang. Iaitu tujuh belas rakaat. Zuhur empat rakaat, Asar empat rakaat, Maghrib tiga rakaat, Isyak empat rakaat dan Subuh (al-Ghudat) dua rakaat.


12. Sembahyang sunat

Adapun sembahyang sunat (al-Nafilah ) adalah seperti sembahyang fardu18, bilangan rakaatnya adalah tiga puluh empat. Lapan rakaat sebelum zuhur dan lapan rakaat selepasnya; sebelum Asar. Empat rakaat selepas Maghrib. Dua rakaat sembahyang duduk selepas Isyak akhir dikira satu rakaat iaitu witir bagi mereka yang tidak mengerjakan witir pada akhir malam.

Sembahyang malam adalah lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam. Sembahyang al-Syafa‘ adalah dua rakaat dengan satu salam, semabahyang Witir adalah satu rakaat dengan satu salam dan sembahyang al-Ghudat (pagi) dua rakaat. Lantaran itu, jumlah sembahyang fardu dan sunat sehari semalam adalah lima puluh satu rakaat. Azan dan Iqamat adalah dua dua 19 (matnna mathna).


13. Fardu sembahyang

Fardu sembahyang20 adalah tujuh: Waktu21, kebersihan, tawajjuh, kiblat, rukuk, sujud dan doa22.


14. Qunut

Qunut pada setiap sembahyang fardu dan sunat adalah pada rakaat kedua sebelum rukuk dan selepas bacaan23. Bacaan qunut memadai dengan “Rabbi ghfir wa r-ham wa tajawaz ‘amma ta ‘lamu inna-ka anta al-A‘azzu wa l-Akramu” bererti” Wahai Tuhanku, ampunilah dan rahmatilah serta maafilah apa yang Engkau ketahui sesungguhnya Engkau adalah lebih Mulia dan dihormati”. Qunut memadai dengan bacaan tiga tasbih. Dan digalakkan menyebut para imam a.s di dalam qunut dan membaca selawat ke atas mereka secara ringkas.


15. Takbiratu l-Ihram

Takbiratu l-Ihram adalah satu kali, tetapi tujuh kali adalah lebih baik dan wajib dinyaringkan bacaan Bismillahi r-Rahmani r-Rahim di dalam sembahyang ketika pembukaan Surah al-Fatihah dan pembukaan Surah selepasnya. Ia adalah sebahagian daripada ayat al-Qur’an yang paling hampir kepada nama Allah al-A‘zam seperti mata hitam dengan mata putih. Disunatkan mengangkat dua tangan pada setiap takbir di dalam sembahyang iaitu sebagai perhiasan sembahyang (zain li-al-Salat).

Bacaan 24pada dua rakaat pertama sembahyang fardu25 adalah Surah al-Hamdu (al-Fatihah) dan satu surah yang bukan al-‘Azaaim yang dilakukan sujud padanya.


16. Surah al-‘Azaaim

Iaitu Surah Sajdah, Luqman, Hamm Sajdah, al-Najm, Surah Iqra’ Bismi Rabbi-ka26. Bukan Li-iilafi quraisyin dan Alam tara kaifa, wa al-Dhuha dan Alam Nasyrah merupakan satu surah27, kerana Li iila dan Alam Nasyrah adalah satu surah. Wa al-Dhuha dan Alam Nasyrah adalah satu surah. Lanataran itu, ia tidak boleh dipisahkan salah satu daripadanya di dalam sembahyang fardu.

Sesiapa yang mahu membacanya di dalam sembahyang fardu, maka hendaklah dia membaca Li iilafi dan Alam tara kaifa di dalam satu rakaat, wa al-Dhuha dan Alam Nasyrah di dalam satu rakaat, ia tidak boleh dipisahkan di antara dua [surah] di dalam sembahyang fardu. Adapun di dalam sembahyang sunat, maka ia boleh dipisahkannya; seorang boleh membaca apa yang dia mahu. Tidak mengapa membaca al-‘Azaaim di dalam sembahyang sunat.


17. Bacaan

Wajib dibaca di dalam sembahyang Zuhur pada hari Jumaat 28 Surah al-Jumaat dan Surah al-Munafiqun. Itulah sunnah Nabi s.a.w. Tiga tasbih di dalam rukuk dan sujud, lima adalah lebih baik (ahsan) dan tujuh adalah lebih afdal.

Satu tasbih yang lengkap memadai di dalam rukuk dan sujud bagi pesakit dan orang yang mahu cepat (al-Musta‘jil). Sesiapa yang membaca kurang daripada tiga tasbih di dalam rukuk dan sujudnya dan dia pula bukan pesakit atau orang yang mahu cepat [tanpa sebab), maka dia telah mengurangkan satu pertiga [pahala] sembahyangnya.

Sesiapa yang telah mengurangkan dua tasbih, maka dia telah mengurangkan dua pertiga sembahyangnya. Sesiapa yang tidak membaca tasbih di dalam rukuk dan sujudnya, maka tiada sembahyang baginya melainkan dia melakukan tahlil, atau takbir atau berselawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak bilangan tasbih, maka ia memadai29.


18. Dua syahadah

Dua syahadah di dalam tasyahhud 30adalah memadai dan apa yang lebih adalah ta‘abbudiyyun. Salam di dalam sembahyang memadai satu kali dalam keadaan mengadap kiblat dan hendaklah dia cenderung ke arah kanannya dengan matanya.


19. Dua salam

Sesiapa yang berada bersama ahli khilaf31, hendaklah dia memberi dua salam; satu salam kearah kanannya dan satu salam ke arah kirinya sebagaimana mereka melakukannya kerana taqiyyah.


20. Wirid atau tasbih Fatimah A.S

Musalli hendaklah bertasbih dengan tasbih Fatimah32 al-Zahra’ a.s selepas setiap sembahyang fardu iaitu 34 takbir, 33 tamhid dan 33 tasbih. Sesiapa yang melakukannya sebelum menggerakkan kakinya dari tempat sembahyang, maka Allah mengampuni dosanya.

Kemudian dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan para Imam a.s, berdoa untuk dirinya dengan apa yang dia suka dan sujud syukur selepas selesai dari berdoa dengan berkata padanya: Syukran li-llah (bersyukur kepada Allah) sebanyak tiga kali dan tidak meninggalkannya melainkan kerana taqiyyah iaitu ada mukhalif 33 di sisinya.